Jangkitan berkawasan Ensefalitis Jepun

Kajian yang telah dilakukan membuktikan bahawa jangkitan sesuatu jenis 'Ensefalitis Arboviral' biasanya terhad di dalam sesuatu lengkongan kawasan geografi tertentu. Misalnya, penyakit Ensefalitis Equine yang menyerang kuda dan baghal serta yang boleh menyakiti manusia, wujud dalam tiga jenis utama, iaitu jenis EEE (Eastern Equine Encephalitis) yang berlaku di kawasan selatan dan timur Amerika Syarikat (AS); jenis WEE (Western Equine Encephalitis) berlaku di kawasan barat AS dan Kanada; dan jenis VEE (Venezuelan Equine Encephalitis) berlaku di Amerika Selatan dan Panama.

Di antara pelbagai jenis Ensefalitis itu, EEE dikatakan paling berbahaya dengan menyebabkan kematian pada kadar 70 peratus, sedangkan kadar kematian yang disebabkan oleh WEE dan SLE adalah lebih rendah. Golongan remaja dan kanak-kanak, apatah lagi bayi, ialah golongan yang mudah dijangkiti oleh WEE, manakala SLE kerap menjangkiti golongan pertengahan umur atau yang lebih dewasa. Tempoh pengeraman pelbagai jenis Ensefalitis itu ialah di antara 5 hingga 15 hari.

Rujukan

WikiPedia: Ensefalitis Jepun http://www.health.gov.au/internet/wcms/publishing.... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb7036.htm http://www.emedicine.com/med/topic3158.htm http://www.cdc.gov/ncidod/dvbid/jencephalitis/ http://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2020/MB_cgi?field=... http://www3.who.int/icd/currentversion/gLinkGroupL... http://www.moh.gov.my/JE.HTM http://content.nejm.org/cgi/content/full/355/9/869 http://www.dh.gov.uk/assetRoot/04/13/79/19/0413791...